KUALA LUMPUR: “Tolong bawa pulang adik saya, saya mahu dia pulang dengan selamat. Kami sekeluarga menantikan kehadirannya sehingga ke hari ini.” Demikian luahan seorang wanita dikenali sebagai Meena, 30, yang merayu agar adik perempuannya segera diselamatkan selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Phnom Penh, Kemboja. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Caca, 22, didakwa dipaksa bekerja dalam kegiatan penipuan dalam talian sejak dua bulan lalu. Menurut Meena, adiknya…










