MELAKA: Seramai 24 mangsa penipuan skim pelaburan mesin air minuman layan diri oleh sebuah syarikat tempatan menuntut pemulangan wang pelaburan berjumlah RM1.8 juta. Mangsa, S. Maniam, 63, berkata, dia tertarik menyertai skim pelaburan itu selepas mendengar iklan disiarkan stesen radio swasta yang menjanjikan pulangan RM1,500 sebulan selama 10 tahun. Kata eksekutif swasta itu, kaedah pemasaran yang sistematik, pelan pelaburan mantap dan perjanjian diuruskan secara profesional oleh peguam meningkatkan lagi keyakinannya…










