Polis terima empat laporan berhubung isu promosi Bible depan

Polis terima empat laporan berhubung isu promosi Bible depan surau

ZAINOL SAMAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Setakat ini sebanyak empat laporan polis diterima berkaitan video tular yang memaparkan kegiatan mempromosi aktiviti berkaitan agama Kristian, dipercayai berlaku di hadapan Surau Warisan berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, antara yang membuat laporan ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan seorang pengayuh beca, semalam.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan bagi sebarang perlakuan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama, dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun, jika sabit kesalahan.

“Ia selepas pengadu terlihat video berkenaan pada malam sebelumnya ketika berada di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAIM Kompleks Masjid Al-Azim Fasa 2, Bukit Palah. Video berkenaan memaparkan tindakan dua wanita yang cuba menyebarkan risalah atau mempromosi agama Kristian kepada orang ramai di hadapan Surau Warisan.

“Dua laporan diterima di Melaka Tengah dan masing-masing satu di Alor Gajah dan Jasin,” katanya.

Berdasarkan video yang dikatakan dirakam seorang pengayuh beca, individu itu mempersoalkan niat dan kewajaran kumpulan berkenaan membuka reruai mempromosikan Bible di hadapan surau itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengingatkan penganut agama lain supaya tidak menyentuh sensitiviti dan cuba melakukan provokasi terhadap Islam.

Beliau berkata, mereka yang terlibat menghilangkan diri sebaik sahaja ditegur orang Islam di sekitar kawasan pelancongan itu dalam kejadian Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN