MELAKA: Tindakan tegas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita dan menyaman tidak langsung ditakuti warga asing yang masih lagi berani memandu dan menunggang kenderaan tanpa lesen. Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, sebanyak 12 kenderaan dipandu warga asing telah disita kerana melanggar syarat dan peraturan ditetapkan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Bukit Piatu di sini, malam tadi. Menurutnya, sebuah lagi kenderaan yang disita adalah milik warga tempatan atas kesalahan memandu ketika lesennya digantung. “Kesemua warga asing terlibat menunggang lapan motosikal dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya