BUKIT MERTAJAM : Lelaki yang tular dalam satu rakaman video kerana mencuri barang kemas di sebuah kedai emas di sini, Jumaat lalu telah menjalani hukuman atas perbuatan jenayahnya itu. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris. Menurut Helmi, tertuduh yang juga merupakan seorang lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan selepas mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari…