Penagih dadah samun gerai churros diberkas

Penagih dadah samun gerai churros diberkas

SUSPEK berjaya diberkas di hadapan Medan Selera Taman Merak Mas, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang juga penagih dadah berjaya diberkas polis selepas dipercayai terlibat menyamun sebuah gerai menjual churros dengan melarikan bekas berisi wang tunai berjumlah RM700 di Taman Duyong Bestari di sini, Jumaat lalu.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu ditahan pada pukul 4.15 petang semalam di Medan Selera Taman Merak Mas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kira-kira pukul 5.15 petang pada hari kejadian, suspek telah datang ke gerai itu dengan berpura-pura untuk membeli churros yang dijual.

Katanya, ketika pembantu gerai wanita berumur 19 tahun sedang menyiapkan pesanan, suspek dikatakan bertindak mengambil bekas berisi wang tunai yang berada di atas meja lantas melarikan diri.

“Suspek menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz yang menggunakan nombor pendaftaran dipercayai palsu.

“Polis berjaya merampas beberapa barang kes seperti sebuah motosikal, telefon bimbit serta dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, dadah yang dirampas adalah seberat 0.55 gram dalam peket lut sinar dipercayai syabu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN