Bas mengundur terlepas simpang, syarikat boleh disenarai hitam

Bas mengundur terlepas simpang, syarikat boleh disenarai hitam

MUHAMMAD FIRDAUS SHARIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggerakkan pasukan penyiasat daripada Unit Pengurusan Aduan dan Siasatan bersama Unit JPJ Inspection and Safety Audit (JISA) bagi menyiasat klip video tular berkenaan sebuah bas mengundur ke belakang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sejauh kira-kira 1 kilometer (km).

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, video dimuat naik melalui platform media sosial Facebook itu berdurasi 43 saat memaparkan rakaman bas mengundur ke belakang dipercayai terlepas simpang susur keluar ke Simpang Ampat, Alor Gajah dekat sini.

Beliau berkata, notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkenaan.

“Ini bagi mengenal pasti butir-butir pemandu bagi melengkapkan siasatan berkenaan kes tersebut.

“Kegagalan mematuhi notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 APJ 1987 akan dikenakan tindakan kompaun kepada pemilik syarikat dan tindakan senarai hitam akan diambil sekiranya gagal membayar kompaun tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Muhammad Firdaus, sekiranya didapati bersalah, pemandu terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 79 (2) APJ 1987 kerana tidak mematuhi atau mengabaikan isyarat lalu lintas.

Jelasnya, selain itu, pemandu bas juga boleh disiasat mengikut Kaedah 15 (d) Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam 1959 kerana tidak memastikan keselamatan penumpang semasa berada di dalam atau semasa menaiki atau turun daripada kenderaan.

“Pemandu itu juga boleh didakwa mengikut Kaedah 53 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana memandu kenderaan di lorong kecemasan. JPJ memandang serius perkara ini dan menasihatkan semua pemandu kenderaan persendirian, perkhidmatan awam dan perdagangan mematuhi peraturan jalan raya,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya