Kereta pencuri kabel terbabas rempuh tembok pejabat Kemas

Kereta pencuri kabel terbabas rempuh tembok pejabat Kemas

KERETA jenis BMW dipandu dua suspek yang terbabas melanggar tembok Pejabat Kemas Daerah Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebuah kereta jenis BMW dipandu dua suspek yang dipercayai cuba mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) terbabas melanggar tembok Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Jasin di sini, dalam aksi kejar-mengejar dengan kereta peronda polis, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, penahanan dua suspek itu membawa kepada tangkapan dua lagi rakan subahat mereka yang menaiki sebuah lagi kereta di Kajang, Selangor.

Ujarnya, sebelum itu kereta jenis Proton Saga dinaiki dua lagi suspek berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata, keempat-empat suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita disyaki cuba mencuri kabel milik TM Tech melibatkan talian bawah tanah bersaiz 400 pair sepanjang kira-kira 175 meter (m) dengan anggaran kerugian RM30,000.

“Pada 21 September lalu lebih kurang pukul 5.30 pagi, pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Merlimau sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah dan mendapati, kabel TM telah dipotong di tepi Jalan Melaka-Muar, Serkam.

“Polis telah menghubungi juruteknik TM untuk mengesahkan kabel yang cuba dicuri dan mendapati, kabel adalah milik TM Tech.

“Ekoran dari kejadian tersebut, kita telah berjaya menahan tiga lelaki lingkungan umur 23 hingga 33 tahun dan seorang perempuan berumur 42 tahun di Serkam dan di Kajang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Jamil, semakan kesalahan lampau mendapati, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 25 September,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN