Remaja perempuan hilang disyaki mangsa rogol bapa tiri

Remaja perempuan hilang disyaki mangsa rogol bapa tiri

SUSPEK lelaki (kiri) dan suspek wanita direman sehingga 15 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Polis mengesahkan bahawa bapa tiri dan ibu kandung kepada seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sini, baru-baru ini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, penahanan dibuat selepas pihaknya menerima satu laporan kes rogol melibatkan remaja berkenaan pada Khamis lalu.

Beliau berkata, suspek yang juga bapa tiri mangsa berusia 36 tahun bersama ibu kandungnya berumur 40 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 di Sepang, Selangor kira-kira pukul 9.30 malam, semalam dan direman selama tujuh hari sehingga 15 April ini.

Ujarnya, perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Siti Nur Ain Ariffin.

“Mangsa berumur 16 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak 2020. Polis turut menahan ibu kandungnya selepas soal siasat mendapati, wanita berkenaan mengetahui tentang kejadian berkenaan.

“Kedua-dua suspek ditahan di KLIA 2 semalam sejurus tiba dari Sabah. Permohonan reman suspek telah diperoleh mulai 9 hingga 15 April untuk membantu siasatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu ditemukan selamat di Kampar, Perak, Rabu lalu.

Remaja itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang di pangsapuri rakan lelakinya berusia 20-an yang berasal dari Kulim, Kedah.

Kisah remaja itu tular selepas ibunya menguar-uarkan kisah kehilangan anak sulungnya itu yang dilaporkan hilang dari rumah.

Wanita itu turut mendakwa, empat pengamal perubatan alternatif memaklumkan kepadanya, remaja berkenaan disyaki dilarikan lelaki warga asing berusia 20-an dan sedang berada di Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya