Warga Indonesia gagal seludup susu, sosej tanpa permit

Warga Indonesia gagal seludup susu, sosej tanpa permit

ANTARA produk hasilan haiwan yang dirampas daripada 10 individu dari Indonesia di ICQS, Kota Laksamana, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) menggagalkan cubaan menyeludup masuk pelbagai produk hasilan haiwan dari negara jiran yang disorok dalam pakaian, semalam.

Pengarah Maqis Melaka, Nora Dinah Abdul Rahman berkata, perbuatan itu dilakukan 10 individu yang datang dari Dumai serta Bengkalis, Indonesia dan masuk ke negara ini melalui Terminal Feri Antarabangsa, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka di sini.

Menurutnya, perbuatan itu terbongkar selepas pegawai bertugas melakukan pemeriksaan ke atas beg pakaian dibawa kesemua individu terbabit.

“Hasil pemeriksaan menemui pelbagai produk hasil ternakan seperti susu tin, sosej daging dan telur. Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan barang dalam bagasi dan membalutnya dengan kemas untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Berikutan itu, Maqis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk barangan pertanian yang dibawa tanpa sebarang dokumen pengimportan seperti permit import Maqis dan sijil kesihatan veterinar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Nora Dinah, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran produk haiwan dan hasilan haiwan tanpa permit import Maqis adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta sama.

Katanya, sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali

“Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keluaran haiwan dan hasilan haiwan yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.