Mahasiswa dicekup khalwat, sambut hari kekasih tepi pantai

Mahasiswa dicekup khalwat, sambut hari kekasih tepi pantai

CHE SUKRI Che Mat menyoal siasat pasangan yang ditangkap berkhalwat di Pantai Siring, Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Keghairahan sepasang mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) menyambut hari kekasih dalam gelap di pesisiran Pantai Siring di sini membawa padah, selepas mereka ditangkap khalwat awal pagi tadi.

Lelaki berusia 22 tahun bersama kekasihnya 20 tahun itu antara lima pasangan ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena sambutan hari kekasih.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, mereka ditahan selepas dilihat duduk berdua-duaan dalam keadaan gelap dan mencurigakan tanpa mempunyai hubungan yang sah.

“Hasil soal siasat wanita tersebut merupakan pelajar IPT dan mengaku, mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih sejak dua tahun lalu.

“Pasangan itu memberi alasan hanya duduk melepak selepas makan malam bersama, namun ketika diserbu kedua-duanya didapati duduk begitu rapat tanpa mempunyai ikatan yang sah,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat operasi sekitar pukul 4 pagi tadi.

Che Sukri menambah, dua pasangan lagi dicekup dalam serbuan di dua buah hotel di sekitar Banda Hilir.

Beliau berkata, turut ‘ditangkap basah’ adalah pasangan kekasih warga Bangladesh dan Indonesia di sebuah hotel di Taman Melaka Raya.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 dan Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

“Kita juga menahan dua pasangan berusia antara 25 hingga 37 tahun kerana berkurung tanpa sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

“Satu pasangan melibatkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat kurier berusia 28 tahun dan kekasihnya 25 tahun di sebuah hotel di Ujong Pasir.

“Sepasang lagi adalah pasangan warga asing iaitu warga Bangladesh dengan warga Indonesia di sebuah hotel terkenal di Taman Melaka Raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN