15,820 penagih di Batu Pahat, Johor Bahru putus bekalan

15,820 penagih di Batu Pahat, Johor Bahru putus bekalan

KERAJAAN sedang mengkaji akta baharu mengenai kesalahan dadah bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Risikan hampir lapan bulan pihak polis terhadap kegiatan sindiket yang menjadikan sebuah kondominium di Tanjung Kling di sini sebagai markas pembungkusan dadah membawa kepada penahanan dua lelaki dipercayai dalang, dalam satu serbuan minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, operasi kira-kira pukul 3.30 pagi Khamis lalu itu berjaya merampas dadah seberat 3.164 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM114,668.

Beliau berkata, dengan penahanan dua suspek berusia 24 dan 35 tahun itu, pihaknya telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan hampir 15,820 penagih di sekitar Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor.

ZAINOL SAMAH

Jelasnya, rumah yang dipercayai disewa salah seorang suspek telah dijadikan markas pembungkusan dadah sejak Jun 2022.

“Hasil serbuan dijalankan polis telah berjaya merampas dadah seberat 3.164 kg yang dianggarkan bernilai RM114,668. Selain itu, polis turut menyita harta milik kedua-dua individu yang ditahan, dianggarkan bernilai RM21,763.

“Antaranya barang kemas serta wang tunai bernilai RM13,000, sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak Jun 2022 dan kesemua dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran di sekitar Batu Pahat serta Johor Bahru.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati, kedua-dua individu yang ditahan positif dadah jenis methamphethamine serta mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zainol, nilai keseluruhan rampasan yang disita dianggarkan bernilai RM136,431 dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga esok.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya