Polis buru tahanan lolos dari Pusat Koreksional Jasin

Polis buru tahanan lolos dari Pusat Koreksional Jasin

PUSAT Koreksional Jasin, Lipat Kajang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Polis mengesahkan kesahihan maklumat yang tular dalam media sosial berkenaan seorang tahanan lelaki meloloskan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, tahanan bernama Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 43, itu kini sedang diburu setelah didapati hilang oleh warden kira-kira pukul 2.20 petang.

Beliau berkata, suspek merupakan tahanan kes samun dan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan berkenaan.

“Bagaimanapun dia disedari hilang dan laporan polis dibuat pukul 7.03 petang semalam oleh pengadu, selepas dimaklumkan mengenai kejadian ketika berada di Pejabat Pegawai Yang Bertugas (PYB) giliran awal Pusat Koreksional Jasin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

POLIS memburu Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang, Melaka.

Tambah Mohd. Fadzli, tahanan itu melarikan diri dengan memakai baju banduan berwarna hijau serta berselipar.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berhampiran.

“Pihak polis telah memulakan gerakan mencari banduan berkenaan dan siasatan berhubung kejadian itu juga sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya