Individu terlibat perhimpunan Majlis Peguam akan dipanggil - Utusan Malaysia

Individu terlibat perhimpunan Majlis Peguam akan dipanggil

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan ‘Walk for Judicial Independence’ di Padang Merbok, di sini pagi tadi akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini dalam tempoh terdekat untuk memberi keterangan.

Kata beliau, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman 2012, Peraturan 6 dan Peraturan 7, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan Ke Endemik) 2022.

“Hasil pemerhatian, lebih 200 orang terdiri daripada ahli Majlis Peguam dan beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun pada perhimpunan berkenaan.

“Siasatan mendapati, kesemua individu berkenaan mengadakan perhimpunan sambil memegang plakad dan banner bertulis ‘Jom Jalan 4 Judicial Independence, Pertahankan Kebebasan Kehakiman’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Dellhan mengingatkan agar orang awam tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN