Suspek larikan kanak-kanak ada masalah mental, positif dadah - Utusan Malaysia

Suspek larikan kanak-kanak ada masalah mental, positif dadah

TANGKAP layar video yang memaparkan seorang lelaki cuba membawa lari kanak-kanak di Taman Scientex, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa culik seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) mental dalam kejadian di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikatakan berjalan seorang diri pulang dari kelas agama untuk pulang ke rumah keluarganya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa didatangi seorang lelaki berusia 20 tahun mempelawa untuk membawanya pulang dengan menaiki motosikal jenis Honda Dash.

“Mangsa enggan menaiki motosikal sebelum suspek memegangnya untuk dibawa lari namun kejadian itu disedari beberapa orang awam yang melalui kawasan itu.

“Suspek juga bertindak agresif sebelum orang ramai membantu menahan suspek untuk diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kamarul Zaman berkata, suspek turut positif dadah jenis methamphetamin serta dikehendaki polis berkaitan kes salah guna dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa klip video menunjukkan seorang lelaki memegang dan melarikan seorang kanak-kanak lengkap berpakaian sekolah agama.

Beberapa orang awam yang melalui kawasan itu bertanyakan kepada suspek namun dia bertindak agresif sebelum ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya