JIM sedang buru baki tahanan Rohingya yang melarikan diri dari depot - Utusan Malaysia

JIM sedang buru baki tahanan Rohingya yang melarikan diri dari depot

SEBAHAGIAN daripada etnik Rohingya yang melarikan diri daripada Depoh Tahanan Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang yang berjaya ditahan semula pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah berjaya menahan semula 362 daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, kesemua tahanan berkenaan didapati memecahkan pintu blok dan besi penghadang sebelum melarikan diri. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, setakat pukul 10 pagi tadi, seramai 362 berjaya ditahan semula dan baki tahanan masih diburu. 

Beliau berkata, pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

“Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari PDRM, RELA dan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini dipohon supaya memaklumkan kepada pihak JIM atau PDRM. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN