Tiada unsur jenayah polis tembak diri sendiri - Utusan Malaysia

Tiada unsur jenayah polis tembak diri sendiri

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan bedah siasat terhadap seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini, Ahad lalu didapati tidak mempunyai sebarang elemen jenayah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah tembakan di kepala.

Katanya, pihaknya turut memanggil beberapa individu berkaitan bagi diambil keterangan. 

“Tiada sebarang elemen jenayah dikesan dalam kejadian itu.

“Kita juga telah memanggil beberapa individu termasuk rakan serta keluarga pegawai berkenaan untuk dirakam percakapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Eng Lai, pihaknya turut menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif kejadian itu. 

Ujar beliau, pegawai berusia 35 tahun itu disifatkan sebagai pegawai berintegriti tinggi, mempunyai prestasi kerja yang baik dan disenangi rakan.

“Pegawai polis itu pernah mendapat pujian daripada kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia dan menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara kerana menolak suapan.

“Pegawai polis berkenaan pernah ditawarkan RM10,000 bagi cubaan membebaskan seorang OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, pada Ogos tahun lalu,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya