Jurutera terpedaya penipuan menyamar rakan

Jurutera terpedaya penipuan menyamar rakan

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang jurutera rugi sebanyak RM1,500 selepas terpedaya dengan seorang penipu yang menyamar sebagai rakannya yang mahu meminjam wang.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 27 tahun telah menerima pesanan daripada aplikasi WhatsApp daripada individu tersebut dengan menggunakan profil rakannya.

“Individu penyamar itu mahu meminjam wang daripada mangsa sebanyak RM1,000 dan mangsa yang mempercayainya telah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank milik Mat Saad Shaari.

“Kemudian, individu itu mahu meminjam lagi sebanyak RM3,000, tetapi, mangsa hanya memasukkan wang sebanyak RM500 sahaja ke dalam akaun yang sama. Tidak lama selepas itu, mangsa telah melihat status WhatsApp rakannya itu yang telah memaklumkan mengenai penipuan tersebut.

“Mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN