Jenazah bayi ditikam dikebumi dalam masa terdekat

Jenazah bayi ditikam dikebumi dalam masa terdekat

POLIS merampas satu objek tajam yang berlumuran darah di lokasi kejadian bayi yang dipercayai ditikam ibunya di Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jenazah bayi lelaki yang mati dipercayai ditikam ibunya yang berusia 15 tahun akan dikebumikan dalam masa terdekat. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, urusan pengebumian jenazah berkenaan akan diuruskan Pejabat Agama Kemaman. 

“Surat penyerahan jenazah bayi sudah dikeluarkan kepada pejabat agama, bagaimanapun, proses menuntut jenazah dari Unit Forensik Hospital Kemaman di samping lokasi pengebumian akan diputuskan jabatan tersebut bersama pihak keluarga,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. 

Hanyan berkata, siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu masih giat dijalankan. 

Selasa lalu, seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan mati dengan kesan tikaman pada dada dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN