[VIDEO] Jiran amuk, terganggu tidak tahan bunyi bising tadika - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jiran amuk, terganggu tidak tahan bunyi bising tadika

VIDEO yang memaparkan tiga lelaki dikatakan 'mengamuk' di sebuah tadika di Bandar Sri Sendayan, Seremban selepas tidak tahan mendengar bunyi bising kanak-kanak yang belajar di situ.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga lelaki dipanggil memberikan keterangan susulan laporan polis dibuat oleh seorang pengusaha tadika  berhubung perselisihan faham di antara mereka berkenaan mengenai bunyi bising kanak-kanak yang belajar di pusat asuhan tersebut.

Rakaman video yang memaparkan kejadian tersebut turut tular dalam media sosial Facebook hari ini sehingga menimbulkan pelbagai reaksi warganet.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan lanjut dijalankan selepas pengusaha tadika membuat laporan polis hari ini.

“Difahamkan, perselisihan faham berlaku disebabkan jiran terganggu dengan bunyi bising murid tadika berkenaan yang sedang belajar dan ketika kejadian terdapat seramai 76 murid. 

“Hasil perbincangan antara pengusaha tadika dan tiga individu terbabit yang dipanggil ke balai polis, mereka telah bersetuju supaya perkara ini tidak dipanjangkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

VIDEO yang memaparkan tiga lelaki dikatakan ‘mengamuk’ di sebuah tadika di Bandar Sri Sendayan di sini selepas tidak tahan mendengar bunyi bising kanak-kanak yang belajar di situ.

Sehubungan itu, Nanda berkata, pihak polis berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan dan penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan terkawal. 

Beliau berkata, masyarakat juga diminta tidak lagi menyebarkan rakaman video kejadian yang berlaku kerana boleh mendatangkan rasa tidak tenteram penduduk. 

Menerusi keterangan pada video yang tular di Facebook, dinyatakan tiga lelaki telah mengamuk di tadika terbabit sehingga menimbulkan ketakutan pada guru dan murid-murid. 

Kejadian itu berlaku pada pukul 11.45 pagi dan suspek dikatakan telah menggunakan besi mengetuk pintu tadika sambil mengeluarkan perkataan yang berunsur mengugut.

Berdasarkan keterangan video, punca mengamuk disebabkan bunyi bising murid-murid belajar. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya