Wanita dicekik, diugut rakan warga asing - Utusan Malaysia

Wanita dicekik, diugut rakan warga asing

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dicederakan di muka dan dicekik oleh rakan lelakinya dalam pergaduhan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Ampang di sini hari ini.

Malah, wanita berusia 26 tahun itu turut diugut suspek sebelum membuat laporan pada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila mangsa mendakwa berjumpa dengan rakannya untuk meminta semula Mykad miliknya yang ada dalam simpanan lelaki warga asing itu.

Katanya, suspek yang juga penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berang lalu memegang siku mangsa sebelum melagakan kepalanya, dahi dan muka pengadu beberapa kali.

“Mangsa meronta dan menjerit untuk melepaskan diri, namun,  suspek terus memeluk dan mencekik lehernya sebelum suspek melarikan diri.

“Akibat itu, wanita terbabit lebam di bahagian kepala dan mata,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, susulan itu, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 2.45 petang.

Ujar beliau, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 20 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, semakan mendapati wanita dikehendaki polis Cheras atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Wanita itu turut ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya