[VIDEO] Tular video lelaki panjat kereta polis, hayun sabit - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tular video lelaki panjat kereta polis, hayun sabit

TANGKAP layar seorang lelaki berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghayun sabit di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak, tular di media sosial.- UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Rakaman video seorang lelaki bertindak agresif dengan berdiri di atas kereta peronda polis sambil menghayun sabit tular dalam media sosial hari ini.

 

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng sekitar pukul 8 pagi.

 

Tindakan lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans itu dirakam orang awam di sekitar lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.

 

Video ihsan media sosial

 

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan lelaki terbabit berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah bersabit.

 

Menerusi video tersebut, beberapa anggota bomba dilihat membuat semburan air ke arah lelaki itu yang menyebabkan dia turun dari kenderaan sebelum berlaku pergelutan dan suspek akhirnya ditangkap.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi memaklumkan akan berkongsi maklumat kejadian itu kepada media. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya