Gagal seludup burung, ayam laga - Utusan Malaysia

Gagal seludup burung, ayam laga

KOTAK dan bekas berisi burung dan ayam yang diseludup dari Thailand berjaya dirampas PGA dalam serbuan di pangkalan haram Sota, Rantau Panjang, Kelantan semalam. -IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu mematahkan cubaan menyeludup burung eksotik dan ayam laga bernilai RM65,000 dalam serbuan di pangkalan haram Sota, Jeram Perdah di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 7.30 malam itu melibatkan rampasan seekor burung kakak tua bernilai RM35,000, 10 anak burung sun conure (RM10,000) dan empat ayam laga (RM20,000).

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, semasa intipan, pihaknya telah melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak-kotak dan bakul dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, apabila anggota PGA menghampiri lokasi, kumpulan lelaki itu terus melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu.

“Hasil pemeriksaan di lokasi telah menjumpai kotak-kotak dan bakul ditinggalkan kumpulan lelaki berkenaan sebelum membawa kepada penemuan haiwan-haiwan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, siasatan awal mendapati haiwan itu dibawa masuk secara haram menggunakan laluan yang tidak diwartakan susulan permintaan tinggi di negara ini.

Katanya, kesemua rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN