Wanita diragut penunggang motosikal - Utusan Malaysia

Wanita diragut penunggang motosikal

TANGKAP layar kejadian ragut yang tular dipercayai berlaku di Selayang Makmur, Batu Caves pada Selasa lalu. -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas rugi kira-kira RM3,500 apabila rantai lehernya diragut penunggang motosikal di Taman Selayang Makmur, Batu Caves, Selasa lalu.

Kejadian dipercayai kira-kira pukul 8.30 pagi apabila wanita berusia 57 tahun itu bersama suaminya berada di tempat letak kenderaan di sebuah flat perumahan di Selayang Makmur, Batu Caves semasa hendak menaiki kenderaan e-hailing untuk ke Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, mangsa tiba-tiba didatangi lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah.

“Suspek kemudian telah meragut rantai emas milik pengadu dan terus melarikan diri.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek dilihat menunggang motosikal berwarna merah dan membawa sebuah beg ‘delivery bag’ berwarna oren di bahagian tempat penumpang motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal berkata, pihaknya dalam usaha mengesan suspek dan siasatan dijalankan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai Polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amirul melalui nombor talian 03-61262222/ 019-3491233,” ujarnya.

Tular dalam media sosial video berdurasi 50 saat menunjukkan seorang wanita dan lelaki yang ingin menaiki kereta didatangi penunggang motosikal.

Suspek sebelum itu dilihat berlegar-legar di lokasi kejadian sebelum menghampiri mangsa dan dilihat melarikan diri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN