Lelaki dipercayai gantung diri kerana perniagaan terjejas - Utusan Malaysia

Lelaki dipercayai gantung diri kerana perniagaan terjejas

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Ampang dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mayat mangsa berusia 58 tahun itu ditemukan oleh isterinya selepas pulang membeli barangan keperluan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa terbabit ditemukan dalam keadaan tergantung di bawah kipas di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, anak bongsu mereka yang berusia 26 tahun berada di dalam bilik dan tidak menyedari kejadian berlaku.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kemurungan dan pernah mendapatkan rawatan di hospital swasta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan rekod, mangsa juga sudah menerima dos pertama vaksin pada 14 Jun lalu.

“Punca kemurungan dipercayai akibat syarikat miliknya mengalami masalah kewangan yang teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan terpaksa ditutup pengoperasiannya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat dan ujian saringan Covid-19,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk mengingatkan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),”katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya