Penagih pukul ibu hingga maut - Utusan Malaysia

Penagih pukul ibu hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penagih dadah bertindak kejam dengan memukul ibunya sehingga maut di pangsapuri PPR di Jinjang Utara di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 70-an dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan anaknya dan bergaduh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmorgamorty Chinniah berkata, suspek kemudian memukul mangsa dipercayai menggunakan objek keras.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.10 malam daripada seorang lelaki yang menerima panggilan daripada ibu saudaranya, menyatakan kejadian seorang wanita didera oleh anaknya.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kita mendapati mangsa sedang duduk kaku di sofa dalam rumah berkenaan. Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan bengkak pada tangan, mata mangsa serta kesan darah pada kepala dan kedua-dua belah kaki mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

S. Shanmorgamorty berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif ganja, heroin namun tiada rekod jenayah.

Tambahnya, suspek kini direman sehingga 15 Ogos depan bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya