Terima padah selepas ragut telefon bimbit - Utusan Malaysia

Terima padah selepas ragut telefon bimbit

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Padah menimpa seorang lelaki apabila dia ditangkap tidak sampai seminit setelah rakannya meragut telefon bimbit daripada seorang pelajar berhampiran gelanggang bola keranjang, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa yang juga seorang pelajar berjaya menolak motosikal dinaiki dua lelaki itu ketika dalam pergelutan mendapatkan kembali telefon bimbitnya. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pelajar berusia 18 tahun itu didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dinaiki dua lelaki. 

“Pembonceng motosikal turun dan mendekati mangsa lalu merampas telefon bimbitnya. Mangsa cuba mempertahankan telefon bimbitnya daripada dilarikan namun dia ditumbuk sebelum lelaki berkenaan melarikan diri ke arah motosikal yang ditunggang seorang rakannya.

“Bagaimanapun, ketika suspek cuba menaiki motosikal, berlaku pergelutan dan mangsa berjaya menolak motosikal itu hingga terbalik.

“Akibatnya, kedua-dua suspek terjatuh daripada motosikal dan penunggang motosikal berjaya ditangkap mangsa manakala suspek yang meragut sempat melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa menyebabkan kerugian sekitar RM500,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, suspek yang ditahan berusia 30 tahun diserahkan kepada polis dan siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis kini mengesan suspek yang masih bebas dikenali sebagai Arul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya