Lelaki berperwatakan wanita disamun - Utusan Malaysia

Lelaki berperwatakan wanita disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berperwatakan wanita menjadi mangsa samun kenalan aplikasi Michat dalam satu kejadian di tepi Jalan Kampung Gambut, Punggai, Pengerang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan akibat dipukul oleh suspek.

“Pada pukul 5 petang, pihak polis menerima satu laporan polis daripada mangsa yang mendakwa telah disamun dua lelaki Bangladesh.

“Dalam kejadian ini, mangsa mengalami kerugian selepas suspek telah mengambil telefon bimbit, wang tunai RM200 serta dokumen peribadi milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hussin menafikan dakwaan di media sosial yang memaparkan gambar lelaki itu dikatakan telah diculik dan berlaku cubaan rogol terhadapnya. 

Jelasnya, namun siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berperwatakan wanita yang mana dia mengenali suspek melalui aplikasi Michat. 

“Mangsa telah keluar dengan suspek dengan kerelaan sendiri bagi tujuan menemaninya untuk membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di Bandar Penawar. 

“Oleh itu, pihak polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Syukor di talian 01110823779,” katanya.

Hussin menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.