Kadar cukai pendapatan PMKS diturunkan - Utusan Malaysia

Kadar cukai pendapatan PMKS diturunkan

CABARAN utama PMKS hari ini bukan lagi semata-mata kekurangan modal, tetapi bagaimana modal tersebut diterjemahkan kepada peningkatan produktiviti, inovasi dan daya saing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kadar cukai pendapatan bagi premis mikro, kecil dan sederhana (PMKS) diturunkan sebanyak satu mata peratusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir semua perniagaan di Malaysia adalah PMKS.

Beliau berkata, mereka menyumbang kira-kira 40 peratus kepada ekonomi dan menggajikan sekitar 8 juta atau separuh tenaga kerja negara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mendengar keresahan usahawan pmks yang terpaksa menanggung kenaikan kos operasi, kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan PMKS sebanyak satu mata peratusan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, kadar bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama pula akan diturunkan kepada 14 peratus dan kadar bagi pendapatan bercukai bagi banjaran RM150,000 hingga RM600,000 diturunkan kepada 16 peratus.  

“Ini bermakna, pendapatan tambahan kepada 300,00 PMKS sehingga RM6,000,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini