UMNO mahu uji keikhlasan Pas melalui PRN Terengganu, Kelantan, Kedah

UMNO mahu uji keikhlasan Pas melalui PRN Terengganu, Kelantan, Kedah

AHMAD Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO mahu menguji kesetiaan dan kejujuran Pas dalam menjayakan tafahum siyasi melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kejujuran kerjasama Pas harus diuji dengan mengadakan PRN di Terengganu.

“Kita uji kesetiaan dan kejujuran mereka, kita test mula-mula (mengadakan Pilihan Raya Negeri) di Terengganu, Kelantan serta Kedah.

“Semoga kerjasama ini atau kefahaman ini dapat kita sama-sama bina atas asas saling menghormati, tidak khianat dan melaksanakan kejujuran demi kepentingan bangsa Melayu.

“Semoga perpaduan ini juga tidak semestinya bermakna kita menjadi sama tetapi cuba matang mencari titik yang menyatukan kita dalam pilihan raya akan dtang termasu PRU-16,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata, pilihan raya di satu daripada negeri gabungan SG4 yang berada di bawah pentadbiran Pas wajar dijadikan medan menguji sejauh mana keikhlasan rakan politiknya itu untuk menjalin kerjasama.

Beliau berkata, cadangan itu boleh membuktikan sama ada kerjasama atas nama penyatuan ummah Melayu benar-benar ikhlas atau sekadar menguntungkan satu pihak.

“Saya nak cadangkanlah Datuk Seri Presiden supaya lepas Melaka esok, kita cuba pula sejauh mana keikhlasan kawan kita. Kita minta salah satu daripada negeri SG4 berkenaan buat pilihan raya.

“Kau buat pilihan raya, aku nak tengok apa formula kau orang. Buat di Terengganu,” katanya ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×