Suami isteri rai OKU, kurang berkemampuan sempena merdeka

Suami isteri rai OKU, kurang berkemampuan sempena merdeka

SEBAHAGIAN penerima bantuan terdiri daripada warga emas dan golongan kurang berkemampuan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di pekarangan rumah Faizah Awang Boh dan Mohamad Shahimi Ismail di Kampung Awah di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Bagi pasangan suami isteri di Pekan Sehari Kampung Awah di sini, sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang atau nyanyian lagu patriotik, sebaliknya menjadi wadah menyemai kasih dan menyantuni insan yang memerlukan bantuan.

Setiap tahun, Faizah Awang Boh dan suaminya, Mohamad Shahimi Ismail menjadikan pekarangan rumah mereka sebagai lokasi sambutan kemerdekaan yang cukup istimewa dengan menjemput orang kurang upaya (OKU) serta golo­ngan kurang berkemampuan dari sekitar kawasan tersebut.

Tahun ini, sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-69, pasangan berjiwa besar itu me­nyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 150 penerima yang memerlukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Faizah berkata, program tahunan itu inisiatif peribadi yang dibiayai sepenuhnya oleh mereka tanpa sebarang tajaan atau sokongan pihak luar.

“Pilihan saya dan keluarga, 31 Ogos adalah hari kemerdekaan aman dan damai kerana bangsa dan negara. Boleh menikmati segala-galanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Suasana sambutan merdeka di pekarangan rumah pasangan itu turut dihiasi Jalur Gemilang dan dihadiri warga emas serta penerima bantuan yang tampil dengan pakaian bercorak ben­dera Malaysia, sekali gus menye­rikan lagi majlis penuh makna tersebut.

Faizah berkata, usaha kecil mereka adalah tanda syukur atas nikmat kemerdekaan yang dinikmati rakyat Malaysia sejak 1957.

“Kami mahu kemerdekaan bukan sekadar slogan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk kasih sayang dan kepedulian terhadap masyarakat,” ujarnya.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini