Siasatan SPRM  tidak dilakukan secara semberono - Abd Halim 

Siasatan SPRM  tidak dilakukan secara semberono – Abd Halim 

ABD. Halim Aman ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan atau menahan mana-mana individu secara semberono sebaliknya setiap tindakan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, tugas SPRM ialah menyiasat berdasarkan aduan.

“Di peringkat SPRM saya telah menubuhkan satu jawatan kuasa iaitu bagi meneliti kertas siasatan-kertas siasatan lama yang tidak berkeputusan. 

“Terdapat beberapa kertas siasatan yang lama dibuka dahulu di mana setakat hari ini tiada keputusan, jadi jawatankuasa ini akan menyaring, meneliti semua kedudukan kertas siasatan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas penelitian dilakukan kemudian diangkat kepada jawatankuasa sebelum menilai dan meneliti bagi SPRM melihat sama ada wajar dilakukan pertuduhan, penyiasatan lanjut dan adakan cukup dari segi perundangan. 

“Selepas perkara itu dilihat mungkin akan timbul satu persatu isu,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa individu kenamaan antara yang disiasat susulan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (LTH). 

Terbaharu, seorang bekas menteri ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan susulan RCI tersebut berkaitan pelaburan pajakan hotel di Mekah dan Madinah.

Selain itu, 28 Ogos lalu, bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan RM1.097 juta, empat tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×