PETALING JAYA: Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), IPD Kota Samarahan, Sarawak kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada sangat tahap tidak sihat iaitu 233 setakat pukul 11 pagi.
Manakala Sarawak kekal negeri paling terjejas dengan 11 kawasan lain turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu IPD Serian (200), Sarikei (196), Kuching (191), Sibu (185), Sri Aman (183), Mukah (181), Samalaju (177), ILP Miri dan Bintulu (169), Miri (166) dan Limbang (147).
Kawasan Kota Kinabalu dan Kimanis, Sabah pula mencatatkan bacaan IPU di 153 sementara Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan (155).
Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 186, diikuti Shah Alam (167), Putrajaya dan Batu Muda di 162, Cheras (159), Petaling Jaya dan Kuala Selangor (158) dan Banting (158).
Sementara itu, di Perak, Sri Manjung (162) dan Tanjung Malim mencatatkan IPU iaitu 160, Tasek Ipoh (158), Pegoh Ipoh (153) dan Taiping (151) manakala di Pahang, Temerloh mencatatkan IPU (152) dan di Pulau Pinang, Minden (104).
Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 167, Seremban (164) dan Port Dickson (137).
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka dengan IPU (156), Alor Gajah (154), Bandaraya Melaka (128) manakala di Johor, Segamat (158), Batu Pahat (157), Tangkak (154) dan Kluang (149).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat manakala lebih 200 adalah tidak sihat. –UTUSAN










