RCI TH: Bekas CEO TH bebas reman dengan jaminan 

RCI TH: Bekas CEO TH bebas reman dengan jaminan 

Reman bekas CEO TH dibebaskan dengan jaminan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH) yang disambung reman empat hari bagi membantu siasatan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibebaskan dengan jaminan hari ini.

Lanjutan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 60-an itu dimohon SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 27 Ogos lalu.

Ini susulan tempoh reman selama seminggu terhadap lelaki itu tamat hari ini, selepas individu berkenaan ditahan SPRM pada 21 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.

Mereka terdiri daripada seorang bekas ketua pegawai eksekutif syarikat perkapalan, selain seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini