Presiden UMNO dijangka hadir ke Muktamar Pas

Presiden UMNO dijangka hadir ke Muktamar Pas

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyatuan Ummah antara Pas dan UMNO dilihat semakin menjadi kenyataan apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 esok.

Perkara tersebut disahkan oleh sumber UMNO ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut sumber, Ahmad Zahid akan diiringi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ke majlis tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, selain itu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Salleh dijangka hadir

“Selain itu, ada beberapa lagi pemimpin UMNO dijangka hadir,” katanya.

Muktamar Tahunan kali ke-72 yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa esok akan dirasmikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini