PN bincang kedudukan Bersatu selepas Muktamar Pas

PN bincang kedudukan Bersatu selepas Muktamar Pas

TAKIYUDDIN Hassan (dua dari kanan) melihat persiapan akhir Muktamar Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - -UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan selepas Muktamar Pas Kali Ke-72 untuk membincangkan pelbagai isu termasuk kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan itu.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selepas menghadiri mesyuarat persiapan akhir Muktamar Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

“Ya, dalam masa terdekat. Seleepas muktamar. Perkara (kedudukan Bersatu) tersebut boleh jadi akan dibincangkan, namun setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenainya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Takiyuddin berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjadi ‘titik tolak’ yang menggambarkan Bersatu tidak lagi berhasrat untuk bersama PN.

Katanya, tindakan Bersatu menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan serta meletakkan calon menentang calon-calon PN adalah antara gambaran jelas mengenai pendirian parti tersebut.

“Selain itu, bila dia bertindak untuk menggunakan logo sendiri dalam PRN Negeri Sembilan dan meletakkan calon menentang calon-calon PN, itu juga satu lagi gambaran bahawa mereka tidak lagi berhasrat untuk bersama dengan PN.

“Secara teknikalnya dia telah tidak berhasrat untuk bersama dengan PN,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini