Pejabat Perdana Menteri nafi surat PFI lebar lebuhraya PLUS

Pejabat Perdana Menteri nafi surat PFI lebar lebuhraya PLUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah palsu.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan.

“PMO menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” katanya hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu itu.

PMO turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri dan identiti rasmi PMO.

Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam pemalsuan dan penyebaran dokumen berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×