McDonald’s bawa kemeriahan Piknik Famili ke Pantai Timur 

McDonald’s bawa kemeriahan Piknik Famili ke Pantai Timur 

Sebagai pemilik McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar bertekad untuk terus membantu rakyat negara ini dengan menyediakan peluang kerja dan ekonomi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia menganjurkan Piknik Famili Terbesar @ Mekdi di Pantai Timur menerusi dua cawangannya di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Pantai Batu Buruk, Terengganu pada 5 September lalu.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, Datuk Azmir Jaafar berkata, program tersebut menyediakan suasana santai buat pelanggan menikmati hidangan bersama keluarga sambil menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Menurut beliau, tikar dibentangkan di kedua-dua lokasi berkenaan, selain permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan timang capteh yang membolehkan ibu bapa serta anak-anak meluangkan masa bersama.

Katanya, pertunjukan fesyen kanak-kanak turut dianjurkan, manakala maskot Mekdi ditampilkan bagi memeriahkan suasana.

“Kedua-dua sambutan tersebut merupakan sebahagian daripada penganjuran Piknik Famili Terbesar @ Mekdi di enam lokasi seluruh negara pada 5 dan 6 September lalu.

“Program ini turut berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Mutiara Rini, Johor pada 5 September, diikuti McDonald’s Pandu-Lalu Alor Mengkudu, Kedah, McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Sri Pinang, Pulau Pinang dan McDonald’s Pandu-Lalu Sunway City Ipoh, Perak pada 6 September lalu.” katanya menerusi kenyataan media.

Azmir berkata, McDonald’s Malaysia menyediakan sehingga 6,000 set hidangan percuma, termasuk 1,000 set untuk pengunjung terawal di setiap lokasi.

Beliau berkata, penganjuran Piknik Famili Terbesar @ Mekdi memberi lebih banyak peluang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama, khususnya mereka yang sibuk dengan rutin harian atau tidak sempat merancang aktiviti keluarga.

“Dengan hanya membawa tikar dan orang tersayang, keluarga dapat menikmati masa bersama dalam suasana santai. McDonald’s Malaysia akan terus membuka lebih banyak inisiatif seumpama ini untuk keluarga dan komuniti di seluruh negara.

“Setiap restoran Mekdi ialah sebahagian daripada komuniti di sekelilingnya. Apa yang membuatkan sambutan ini istimewa ialah melihat seisi keluarga meluangkan masa bersama di Mekdi.

“Kemeriahan di Kelantan dan Terengganu menunjukkan bagaimana berkongsi hidangan makanan, permainan dan masa yang diluangkan bersama boleh mendekatkan pelbagai generasi. Inilah semangat yang mahu kami bawa melalui Piknik Famili Terbesar @ Mekdi,” katanya.

Sementara itu, Azmir berkata, Piknik Famili Terbesar @ Mekdi turut memperkenalkan menu baharu iaitu Ayam Goreng McD Rasa Ori.

“Sehingga 500 pengunjung terawal di setiap lokasi yang melengkapkan tiga aktiviti turut layak menerima Beg Piknik Mekdi serta baucar bagi set Ayam Goreng McD Rasa Ori.

“Baucar tersebut boleh digunakan di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara, tertakluk pada terma dan syarat,” katanya.

Tambahnya, usaha mendekati komuniti menerusi Piknik Famili Terbesar @ Mekdi merupakan sebahagian daripada usaha berterusan McDonald’s Malaysia untuk mewujudkan lebih banyak peluang kepada keluarga dan komuniti berkumpul serta meluangkan masa bersama.

“Usaha ini melengkapi lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan setiap tahun melalui rangkaian 380 restoran di seluruh negara, termasuk sumbangan kepada anak yatim, penyediaan moreh untuk masjid dan surau serta aktiviti bersama warga emas dan keluarga yang memerlukan.

“McDonald’s Malaysia akan terus membawa lebih banyak pengalaman dan aktiviti mesra keluarga lebih dekat kepada komuniti di seluruh negara,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×