Belum ada perbincangan kerjasama PH-Bersatu

Dinamika politik memungkinkan pelbagai penjajaran – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Dinamina politik mutakhir ini membolehkan pelbagai penjajaran dibuat yang turut mengambil kira keunikan landskap politik di setiap negeri.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkembangan politik semasa tidak boleh dilihat hanya dalam satu acuan kerana politik di negeri-negeri adalah berbeza.

“Kita lihat memang dinamika politik mutakhir ini membolehkan pelbagai penjajaran, kerana kita tahu bahawa setiap negeri mempunyai keunikan politik masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi Tahun 2025 di Kampung Tebat Kering, di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi merasmikan Projek Membina Semula Surau Kampung Tebat Kering dan Projek Menaik Taraf Balai Raya Kampung Bukit Temensu dan Kampung Tebat Kering yang dilaksanakan menerusi Inisiatif Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi bagi 2025.

Sementara itu, katanya, setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai pembentukan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi pilihan raya.

“Malam ini Perdana Menteri dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya bagi PH akan ke Masjid Tanah untuk merasmikan satu program, mungkin mereka ada maklumat tambahan selain daripada apa yang telah disebut oleh Tan Sri Muhyiddin itu,” katanya.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak akan bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sebaliknya akan bergerak dalam sebuah gabungan politik.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, keputusan berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, PH dan kerajaan sudah memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan, termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang bertanggungjawab mewakili kerajaan dalam Lembaga Pengampunan.

“Di pihak kerajaan, PH sendiri telah mengeluarkan kenyataan minggu lalu, Hannah Yeoh sebagai Menteri yang juga bertanggungjawab mewakili kerajaan dalam Lembaga Pengampunan juga telah memberi kenyataan.

“Keputusan Perdana Menteri semalam pun telah memberi kenyataan, keputusan untuk memberi pengampunan bersyarat itu adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong dan dilaksanakan oleh Lembaga Pengampunan,”katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini