BESUT: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya di Kampung Raja di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dilakukan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pagi semalam.
“Suspek dipercayai merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun iaitu anak tirinya. Hasil saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine, ” katanya di sini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – UTUSAN










