Anthony Loke wakili Malaysia ke mesyuarat APEC sebelum letak jawatan

Anthony Loke wakili Malaysia ke mesyuarat APEC sebelum letak jawatan

ANTHONY Loke Siew Fook
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan meneruskan program rasminya di China sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), Siew Fook akan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-12 di Beijing seperti yang dijadualkan.

“Program tersebut turut melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU).

“Ia termasuk MoU kerjasama pengangkutan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Republik Rakyat China yang merangkumi sektor darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 19 September lalu, akhbar ini melaporkan, Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Mengulas lanjut, MOT berkata, satu lagi MoU membabitkan kerjasama keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).

Katanya, MoU CAAM-CAAC merangkumi bidang kelayakan udara, pensijilan organisasi penerbangan, pelesenan personel, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama dapatan dan sijil pematuhan.

“Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, Menteri Pengangkutan dijadualkan ke Shanghai untuk menyertai rombongan Perdana Menteri.

“Beliau kemudian akan kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan proses peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan,” katanya.

MOT memberi jaminan segala urusan dan tanggungjawab kementerian akan terus dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×