Agenda Malaysia Biru perkukuh persefahaman dalam BN

Agenda Malaysia Biru perkukuh persefahaman dalam BN

JOHARI Abdul Ghani ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agenda Malaysia Biru perlu memperkukuh Barisan Nasional (BN) melalui hubungan lebih rapat dan persefahaman yang akrab, baik dan mempunyai nilai lebih tinggi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, agenda itu melibatkan masyarakat Cina, India dan kaum-kaum lain termasuk komponen BN di Sabah dan Sarawak.

“Apa yang saya faham mengenai Agenda Malaysia Biru ialah bagaimana kita mengubah dan melihat semula BN serta membentuk kesepahaman yang lebih akrab, lebih baik dan mempunyai nilai lebih tinggi.

“Ia melibatkan kaum-kaum lain seperti masyarakat Cina, India dan masyarakat lain, termasuk komponen kita di Sabah dan Sarawak. Itu sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Menurut Johari, Agenda Malaysia Biru turut merangkumi aspek budaya, agama, bangsa dan cara hidup yang bertujuan menjadikan BN lebih inklusif sambil mengekalkan identiti dan ciri tersendiri parti-parti komponennya.

Katanya, sebarang kerjasama politik pada masa hadapan perlu berasaskan penerimaan bersama tanpa menghilangkan budaya, ideologi dan identiti setiap parti.

“Bagaimanapun, mana-mana pihak yang mahu bergabung perlu mempunyai asas untuk menerima antara satu sama lain.

“Budaya, ideologi atau identiti parti masing-masing tidak boleh dihilangkan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×