20 PATI ditahan dalam Op Mahir di Dungun, Kemaman

20 PATI ditahan dalam Op Mahir di Dungun, Kemaman

ANGGOTA Jabatan Imigresen Negeri Terengganu melakukan pemeriksaan ke atas warga asing dalam satu operasi di sekitar Dungun dan Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Imigresen Negeri Terengganu menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Mahir di lima premis di Dungun dan Kemaman, dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 127 orang diperiksa terdiri daripada 73 lelaki dan 11 wanita warganegara Malaysia serta masing-masing 20 lelaki Bangladesh, 14 lelaki Indonesia, tujuh lelaki China dan seorang lelaki Nepal.

“Daripada jumlah itu, seramai 20 lelaki warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya di sini.

Mohd. Yusri berkata, daripada jumlah PATI yang ditahan, 12 orang adalah warga Bangladesh manakala lapan lagi warga Indonesia.

Beliau berkata, pemeriksaan turut membabitkan tiga majikan dan sebanyak tiga Borang Imigresen 29 (Saman Kepada Saksi) dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×