Treler kemalangan akibat tumpahan minyak

Treler kemalangan akibat tumpahan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah treler terbabit kemalangan menyebabkan berlaku tumpahan minyak di Jalan Kolam Air Lama berhampiran Kuil Sri Rajeswary di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.35 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bersama tujuh anggota tiba di lokasi kira-kira pukul 2.43 pagi.

“Siasatan di lokasi mendapati berlaku tumpahan minyak akibat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori treler.

“Anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak bagi memastikan keadaan jalan selamat kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×