Teater Tanjong 2- Khilaf angkat perihal Adat Perpatih

Teater Tanjong 2- Khilaf angkat perihal Adat Perpatih

RAZALI Abu Samah (tengah) bergambar bersama para pelakon teater Tanjong 2-Khilaf di Seremban, semalam (UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Konflik kepemimpinan sebuah luak di negeri ini mengisi pementasan teater Tanjong 2-Khilaf selama dua hari di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan di sini yang berakhir malam tadi.

Pementasan teater itu merupakan karya pengasas Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan, Profesor Adjung Dr. Ahmadrashidi Hasan.

Antara yang menyaksikan pementasan teater itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Razali Abu Samah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ahmadrashidi, pihaknya memilih isu di luak sebagai tema pementasan teater berkenaan kerana yakin ia menjadi minat orang ramai bukan saja di negeri ini malah dari seluruh negara.

Jelasnya, ia terpapar melalui kerusi di auditorium berkenaan yang penuh sepanjang dua hari pementasan teater tersebut.

“Ia menunjukkan bahawa Adat Perpatih yang menjadi pegangan adat dan budaya di negeri ini akan terus mendapat perhatian masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Razali berkata, tema pementasan teater itu amat menarik kerana ia membawa perihal Adat Perpatih yang menjadi teras budaya di negeri ini.

Beliau berkata, inipati utama dalam pementasan teater itu yang perlu dihayati oleh semua pihak ialah adat diperlihara, muafakat dihidupkan dan prinsip dipertahankan.

“Pementasan teater seperti ini perlu diperbanyakkan dengan sasaran menarik golongan muda yang bakal mewarisi negeri ini pada masa depan.

“Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan kepada acara seperti ini supaya adat yang menjadi teras budaya negeri ini dapat disemarakkan dengan lebih luas,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini