Siti Khadijah sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026 - Utusan Malaysia

Siti Khadijah sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas 17 tahun membina jenama tempatan, Siti Khadijah buat julung kalinya menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2026 atas jemputan agensi kerajaan sebagai sebahagian daripada Sektor Ekonomi di bawah Kluster 5: Kesejahteraan dan Ekonomi Rakyat.

Penyertaan jenama tempatan itu bukan sekadar aktiviti pemasaran, sebaliknya menjadi simbol perjalanan Siti Khadijah yang berkembang bersama masyarakat dan ekonomi Malaysia sejak 2009.

Bermula daripada usaha seorang suri rumah yang memulakan perniagaan pada usia 46 tahun, Siti Khadijah kini berkembang sebagai sebuah organisasi dengan lebih 600 warga kerja tempatan serta 65 buah kedai di seluruh negara.

Perjalanan daripada sebuah perniagaan kecil kepada organisasi yang menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekosistem perniagaan tempatan menjadikan penyertaan kali ini lebih bermakna.

Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, jemputan untuk menyertai perbarisan berkenaan merupakan satu penghargaan besar kepada seluruh warga kerja syarikat.

“Bagi kami, jemputan untuk menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan ini merupakan satu penghargaan yang cukup bermakna.

“Siti Khadijah bermula kecil, tetapi berkembang kerana sokongan masyarakat Malaysia dan usaha warga kerja kami selama 17 tahun.

“Hari ini, kami bukan sekadar membawa nama Siti Khadijah dalam perbarisan. Kami membawa bersama sebuah perjalanan yang dibina oleh anak-anak tempatan dan kepercayaan rakyat Malaysia,” katanya.

Seramai 47 warga Siti Khadijah mengambil bahagian dalam kontinjen tahun ini selepas menjalani tujuh sesi latihan sebagai persediaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Menampilkan identiti tersendiri, kontinjen Siti Khadijah membawa konsep ‘Geng Masjid’, yang diinspirasikan daripada pakaian yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia ketika ke masjid.

Kontinjen wanita tampil mengenakan persalinan telekung dan sarung suri, manakala kontinjen lelaki pula memakai kain pelikat dan kurta.

Bagi Siti Khadijah, penyertaan dalam sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bukan sahaja meraikan perjalanan sebuah jenama tempatan, malah mencerminkan semangat keusahawanan, peluang pekerjaan serta kemampuan perniagaan Malaysia untuk terus berkembang bersama rakyat.

Daripada sebuah perniagaan yang dimulakan oleh seorang suri rumah pada usia 46 tahun kepada organisasi dengan lebih 600 warga kerja dan 65 kedai hari ini, itulah perjalanan yang dibawa Siti Khadijah ke pentas Hari Kebangsaan 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×