Sindiket eksploitasi kelompongan sistem - Utusan Malaysia

Sindiket eksploitasi kelompongan sistem

Dadah orang dalam KLIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyeludupan dadah melalui lapangan terbang bukan berpunca daripada kelemahan sistem semata-mata, sebaliknya hasil gabungan kekangan teknologi, pembahagian fungsi penguatkuasaan antara agensi serta taktik penyembu­nyian yang semakin canggih.

Kegiatan itu semakin terancang apabila tidak lagi bergantung kepada nasib semata-mata, sebaliknya menjalankan risikan terhadap operasi keselamatan lapangan terbang bagi mengenal pasti peluang meloloskan bahan terlarang.

Penganalisis keselamatan dan pertahanan, Zaki Salleh berkata, kelemahan itu berpotensi dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan dadah, walaupun fungsi utama Pasukan Ke­selamatan Penerbangan (AVSEC) adalah menghalang ancaman seperti senjata dan bahan letupan.

Katanya, keadaan itu menunjukkan wujud jurang antara aspek keselamatan penerbangan dan penguatkuasaan terhadap penyeludupan barangan terlarang.

“Sindiket jenayah seme­mang­nya sentiasa mencari ruang untuk mengambil kesempatan terhadap sebarang kelemahan dalam sistem sedia ada.

“Jika sesuatu bahan organik seperti dadah sukar dibezakan daripada barangan biasa melalui mesin pengimbas, maka risiko ia terlepas daripada pemeriksaan menjadi lebih tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Indonesia atas dakwaan menyeludup dadah disusuli beberapa kes melibatkan rakyat

Malaysia yang ditahan di lapangan terbang luar negara menimbulkan persoalan besar mengenai tahap kese­lamatan penerbangan negara.

Apatah lagi, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan, sistem pe­ngim­­bas keselamatan di lapangan terbang tidak berupaya mengklasifikasikan sesuatu objek diimbas sebagai dadah ke­rana ia dicipta untuk mengesan ancaman terutamanya bahan letupan dan senjata api.

Bagaimanapun, semua pro­ses saringan keselamatan di lapangan terbang di Malaysia adalah mengikut standard antarabangsa iaitu Civil Aviation Security Regulations 2019 dan Program Keselamatan Pe­nerbangan Awam Kebangsaan (NCASP) yang dibangunkan selaras dengan piawaian Annex 17 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Penguatkuasaan berkaitan penyeludupan dadah di pintu masuk negara pula melibatkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi berkaitan, berdasarkan pera­nan, perundangan dan mandat masing-masing.

Mohd. Zaki berkata, jumlah penumpang dan bagasi yang tinggi setiap hari turut meningkatkan cabaran kepada petugas pemeriksaan.

Katanya, faktor keletihan dan tempoh penelitian yang singkat terhadap setiap imej pengimbas juga boleh menjejaskan keupayaan mengesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×