Setiausaha Politik MB Perak letak jawatan atas alasan kesihatan

Setiausaha Politik MB Perak letak jawatan atas alasan kesihatan

SAARANI (dua dari kiri) hadir pada Hari Pelaburan di Perak 2026 anjuran InvestPerak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Peletakan jawatan Mohamad Hamidi Baharuddin sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak atas faktor kesihatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau telah menerima surat permohonan peletakan jawatan itu pada 10 Ogos yang berkuat kuasa pada Isnin lalu.

“Jadi, saya pun menerima peletakan jawatannya kerana alasan kesihatan yang memerlukan masa untuk mendapat rawatan,” katanya ketika ditemui selepas Hari Pelaburan di Perak 2026  anjuran InvestPerak di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah melibatkan Mohamad Hamidi, Saarani berkata, dakwaan tersebut belum dibuktikan oleh mana-mana pihak.

“Yang itu saya pun baca dalam media sosial.  Selagi mana tak ada bukti oleh pihak berkuasa, sama ada kesihatan atau polis, saya tak mahu membuat apa-apa andaian.

“Nanti kita ambil masa untuk menggantilah (Setiausaha Politik yang baharu),” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa Mohamad Hamidi terlibat dalam penyalahgunaan dadah sehingga terpaksa meletak jawatan.

Dia mula bertugas sebagai Setiausaha Politik sejak Januari 2023 selain memegang jawatan dalam parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini