Ruang damai dengan Bersatu sudah tertutup - Pas

Ruang damai dengan Bersatu sudah tertutup – Pas

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas yang menerajui Perikatan Nasional (PN) menganggap ruang damai dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah tertutup susulan tindakan parti berkenaan yang bertanding melawan gabungan tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, selain itu pemimpin Bersatu mengeluarkan kenyataan terbuka sedia bekerjasama dengan PH menjelang PRN Melaka.

“Ya lah, pada dasarnya dia (Bersatu) lawan kita pada PRN Negeri Sembilan. Dan ada kenyataan nak ikut, bersama dengan PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Marang itu ditanya sama ada ruang damai dengan Bersatu sudah tertutup atau sebaliknya.

Pada 8 Jun lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas membuat keputusan untuk mengakhirkan hubungan kerjasama politik dengan Bersatu selepas meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.

Pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu, Bersatu memutuskan untuk menggunakan lambangnya sendiri susulan tidak dilibatkan dalam perbincangan pembahagian kerusi PN.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Melaka, Hishamuddin Abdul Karim dilaporkan berkata, parti berkenaan terbuka untuk berbincang dengan parti lain yang berkongsi persamaan termasuk PH menjelang PRN.

Bagaimanapun, katanya, sebarang kerjasama pilihan raya harus mengecualikan parti-parti yang mengkhianati kepercayaan dan semangat kerjasama yang telah diwujudkan sebelum ini dalam PN.

Pas dan Bersatu ketika ini masih berada dalam gabungan PN. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini