Ratusan pemilik kereta nasional berkumpul demi merdeka

Ratusan pemilik kereta nasional berkumpul demi merdeka

Sebahagian daripada pemilik kereta Proton dan Perodua dari seluruh negara yang berkumpul menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kecintaan terhadap kereta nasional menjadi pengikat semangat patriotisme apabila ratusan peminat dari pelbagai negeri sanggup merentas negeri berkumpul dan menyema­rakkan sambutan Hari Kebangsaan di Bukit Merah Laketown Resort, di sini.

Lebih daripada sekadar mempamerkan kenderaan kesayangan, perhimpunan itu menjadi medan mempertemukan peminat Proton dan Perodua daripada pelbagai latar belakang, selain mengeratkan silaturahim serta menzahirkan semangat cintakan negara menerusi minat terhadap automotif.

N. Navive, 39, dari Sungai Petani, Kedah berkata, dia bersama tiga rakannya membawa empat kereta nasional ke acara itu sebagai tanda sokongan terhadap sambutan kemerdekaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mahu mengeratkan sila­turahim dengan semua. Kami mahu semua bergabung dan tidak mahu ada perpecahan antara kaum.

“Semangat Merdeka perlu terus diraikan dan mengibarkan Jalur Gemilang adalah antara cara kita menunjukkan kebanggaan terhadap negara,” katanya.

Bagi Tan Wei Kwang, 37, dari Taiping, Perak, penyertaannya dalam acara berkenaan bukan sahaja kerana minat terhadap kereta, malah memberi peluang untuk bertemu rakan serta peminat automotif lain.

Katanya, pertemuan sedemi­kian secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti peminat kereta.

Sementara itu, Nur Anis Hamimi Mohd Azman, 21, dari Terengganu berkata, jarak perjalanan tidak menghalangnya bersama kira-kira 20 ahli kumpulan membawa lima kereta untuk menyertai acara berkenaan.

Menurutnya, kos perjalanan lebih RM200 tidak menjadi persoalan kerana matlamat utama adalah untuk berkumpul, ber­kenalan dan mengeratkan silaturahim dengan peminat kereta dari seluruh Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN